Currently Browsing: Umum

Berhati – Hati Dengan “Nama & Brand” Anda

Agak lama saya tidak menyediakan artikel di sini kerana saya sedang menyiapkan beberapa project yang perlu saya lancarkan dalam masa yang terdekat ini. Baiklah, post kali ini pendek sahaja, TETAPI bakal memberikan satu informasi yang amat penting untuk anda beri perhatian. Untuk makluman, saya baru sahaja menerima email daripada seorang pelanggan yang bertanyakan perkara berikut : “saya ada mendapat email berbentuk : Kami memerlukan pekerja sambilan, sila layari laman web berikut untuk mendaftar:- http://usahaniaga.webs.com/ adakah bisnes ini bersangku paut dgn anda atau sbaliknya? saya tidak...
read more

Duit Datang Dari Diri Anda Sendiri? – Part 3

Pada bahagian 2 topik ini, saya telah kongsikan kisah dimana seorang rakan saya yang berjaya menghasilkan pendapatan di internet setelah beliau memasarkan kebolehan dan kepakaran beliau kepada orang ramai. Memetik daripada komen SmartZul yang berbunyi, “… Nak seribu daya. Kira-kira pendapatan di atas memang mudah, tapi segalanya perlu dimulakan dengan ilmu dan usaha. Tapi persoalannya, rela ke bersabar dalam belajar dan berusaha? …”, saya teramatlah bersetuju dengan kenyataan yang diberikan. Rata – rata daripada kita semua sememangnya berminat untuk menjalankan perniagaan...
read more

1st Annual Wanita Niaga

Di sini saya ada makluman ringkas daripada pemilik WanitaNiaga.com iaitu Kak Lyn. Pihak WanitaNiaga.com akan menganjurkan Gathering pada 5 April 2008 (Sabtu) ini di Palace Of The Golden Horses. Berikut adalah butiran lengkap. Sebarang update terkini akan diberitahu kemudian. Tarikh : 5 April 2008 Hari : Sabtu Masa : 3.00 pm – 5.00 pm Tempat : Palace Of The Golden Horses << (klik untuk makluman lanjut) Jalan Kuda Emas, The Mines Resort City, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Jamuan : Hi-Tea Pakaian : Smart Casual Pengarah : Lynn Setiausaha : Dekfa Bendahari...
read more

Duit Datang Dari Diri Anda Sendiri? – Part 2

Pada bahagian 1 topik Duit Datang Dari Diri Anda Sendiri yang lepas, saya ada mengatakan bahawa terdapat sesetengah golongan yang terdesak dalam mencari duit, sanggup melakukan apa sahaja tanpa memikirkan adakah perkara yang mereka lakukan tersebut baik atau pun tidak. Jika diperhatikan, keadaan yang mendesak diri seseorang mampu mengubah peribadi orang tersebut untuk menjadi seseorang yang bukan dirinya sendiri. Mungkin jika sebelum ini dia seorang yang malas, namun disebabkan keadaan yang mendesak, dia kini telah menjadi seorang yang rajin dan berusaha untuk mencapai kejayaan. Baiklah, dalam...
read more

10 Kesilapan Melakukan Outsource

Saya baru menerima report ringkas PERCUMA berkaitan 10 Kesilapan Proses OutSourcing yang perlu dihindari menerusi 10 OutSourcing Mistakes . Selepas membaca report ini, saya dapati tips yang diberikan memberi satu informasi yang perlu kita “alert” dalam proses melakukan outsource. Tahukah anda bahawa perkara paling mudah untuk memulakan perniagaan anda di internet adalah dengan melakukan proses outsource. Mungkin anda bertanya, apa sebenarnya maksud outsource? Secara ringkasnya, maksud outsource di sini sebenarnya adalah anda mengupah orang lain untuk menyiapkan kerja – kerja...
read more

Duit Datang Dari Diri Anda Sendiri? – Part 1

Amacam dengan tajuk topik ini? Duit datang dari diri anda sendiri? Betul atau tidak, jom kita renungkan. Mengapa ingin saya cerita pasal duit? Almaklumlah zaman sekarang ni, semuanya nak kena guna duit. Nak masuk tandas pun kena guna duit. Tanpa duit, hidup kita jadi agak sukar, semuanya tak lengkap. Masalah kekurangan duit juga boleh menyebabkan suami isteri bergaduh, kawan – kawan boleh berbalah, adik beradik pun boleh putus hubungan… Macam – macam hal disebabkan duit. Manusia jadi gila pun boleh berpunca daripada masalah duit. Ada yang sanggup bunuh diri, ada yang sanggup buat...
read more

Beli Senarai Email atau Prospek?

Saya ada menerima email yang bertajuk “300,000 MALAYSIA HOT PROSPEK!!!!”. Entah kenapa hari ni rajin sikit, saya pun membuka email tersebut dan berhasrat untuk melihat apakah isi kandungan yang dihantar. Seterusnya di dalam email tersebut, ada link yang membawa ke halaman web “si promosi” ini tadi. Dengan “rela hati”, saya pun layari ke web tersebut dan mendapati produk yang dijual adalah senarai list YahooGroups, email, software mailer, dan beberapa produk ebook yang diberikan percuma. Baiklah, apa yang ingin saya sampaikan di sini amat penting untuk anda ambil...
read more
Page 6 of 19« First...45678...Last »