Amirol?

Laman web ini www.mohdamirol.com telah dibangunkan pada 25 April 2007.

Pemilik website ini iaitu Mohd Amirol atau nama penuhnya Mohd Amirol Zolkifli adalah berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau adalah seorang usahawan kecil yang menjalankan perniagaan secara Offline dan Online secara serius bermula dari awal tahun 2006 setelah menamatkan pengajiannya dalam bidang Kejuruteraan Awam dari UiTM.

Tujuan utama blog ini dibina adalah untuk berkongsi cerita, pengalaman, idea serta untuk mengeratkan lagi hubungan antara Mohd Amirol dan rakan – rakan onlinenya. Mohd Amirol telah berurusan dengan ramai rakan online dari segi pembangunan laman web, jual beli produk dan lain – lain perkhidmatan online yang ditawarkan.

Amirol & Perniagaan

Amirol telah menceburi bidang perniagaan sejak beliau berada di bangku pengajian di Universiti iaitu sekitar bermula tahun 2003. Pada peringkat awal “mencuba” dalam perniagaan, beliau telah berniaga produk seperti Prepaid / Top-Up dan makanan segera seperti Maggie di asrama Universiti beliau.

Amirol & Pemasaran Internet

Pada peringkat awal penglibatan bidang pemasaran internet, Amirol pada mulanya menyertai syarikat – syarikat MLM yang menawarkan perkhidmatan produk berasaskan prepaid / top-up secara online dan mula menggunakan internet sebagai medium pemasaran. Walaubagaimanapun pada ketika itu, Amirol masih tidak menyedari tentang konsep dan potensi pemasaran internet yang sebenar.

Setelah beberapa ketika aktif menggunakan internet, Amirol melihat peluang – peluang yang ada di internet dan telah terlibat dengan Autosurf, HYIP, Forex dan skim jana wang di internet pada sekitar tahun 2005 – 2006. Namun yang demikian, Amirol menyedari hal – hal ini tidak mendatangkan keuntungan yang sebenar serta sering kerugian, maka Amirol mula mempelajari selok belok perniagaan dan pemasaran internet.

Bermula dengan kajian yang dibuat menerusi internet yang membawa Amirol menemui laman web – laman web popular rujukan tentang perniagaan internet ketika itu seperti sitesell.com, Amirol akhirnya mengerti bahawa untuk menjana pendapatan di internet dengan betul dan juga stabil, Amirol harus mempunyai produk atau perkhidmatan yang perlu ditawarkan.

Tahun 2006 adalah merupakan titik tolak permulaan Mohd Amirol sebagai peniaga, pemasar dan usahawan internet sepenuh masa. Amirol bermula dengan menawarkan perkhidmatan membina laman web, pemasangan sistem web dan akhirnya telah berjaya menghasilkan produk sendiri.

Sehingga ke hari ini, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh Amirol yang telah membantu ramai usahawan – usahawan internet Malaysia sama ada yang mereka yang masih baru mahupun yang telah lama berada dalam industri ini.

Amirol & Kemahiran

Kemahiran dan kepakaran utama Amirol adalah dalam penghasilan produk – produk digital seperti ebook, video tutorial, scripting dan juga pengendalian sistem e-commerce.

Sehingga ke hari ini, Amirol telah berjaya menghasilkan beberapa produk berasaskan sistem web yang dipasarkan di internet untuk pasaran tempatan dan juga pasaran antarabangsa.

Pada 2010, Amirol telah dapat melakukan kerjasama dan pengiktirafan daripada satu syarikat antarabangsa yang menawarkan produk sistem e-commerce yang popular di internet iaitu Delavo™. Amirol telah dilantik sebagai salah seorang daripada 4 orang “Delavo Angel” yang diiktiraf di seluruh dunia bagi menawarkan perkhidmatan dan konsultansi berkaitan Delavo™. Maklumat lanjut tentang Delavo™ ini boleh diperolehi di www.JVCommerce.com

Amirol kini juga aktif dalam aktiviti pemasaran affiliate, mencipta produk digital dan juga menguruskan beberapa laman web e-commerce yang beliau miliki di peringkat antarabangsa.

Antara produk – produk beliau yang dihasilkan untuk pasaran tempatan yang telah membantu ramai usahawan internet tempatan adalah seperti:

Amirol juga turut menguruskan “working team” nya dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti penyediaan web hosting, sistem e-commerce, konsultansi pemasaran internet dan perkhidmatan pembinaan laman web untuk bakal usahawan internet tempatan menerusi:

Dengan hasrat untuk menambah kenalan serta membina kumpulan rakan niaga online yang padu, maka akhirnya blog ini dibangunkan untuk menjadi tempat rujukan serta tempat berkumpulnya kenalan – kenalan online di serata – tempat.

Semoga blog ini dapat memberi satu keunikan serta kelebihan kepada pelawat – pelawatnya.

======================================
Aktiviti Amirol Bersama Rakan Usahawan Internet
======================================

“Lepak Santai” bersama sahabat usahawan internet pada Januari 2011

(Dari kiri: SmartZul, Jimie Ray, Amirol, Razif Yusof, Ammar Zahar)

Seminar World Internet Mega Summit Mei 2007 Di Singapore

(Dari Kiri : Najmi, Me, SmartZul, Hafiz)

Seminar World Internet Mega Summit Mei 2007 Di Singapore

(Bersama Jutawan Internet Armand Morin)

Seminar World Internet Mega Summit Mei 2007 Di Singapore

(Bersama Jutawan Internet Singapore Ewen Chia)

Perjumpaan WarriorForum Di Singapore

(Dari Kiri : Me, Frank Bauer, Najmi, SmartZul)

Perjumpaan WarriorForum Di Singapore

(Bersama Internet Marketer Dari Australia, Aurelius Tjin)

======================================
Profil Ringkas Pemilik Blog
======================================

Nama : Mohd Amirol

D.O.B : 5 Sept 19XX

P.O.B : Ulu Kinta, Perak

Pendidikan : Graduate From UiTM, Kejuruteraan Awam

Alamat : Port Dickson, N.Sembilan

Hubungi : Klik Di Sini

Social Network : Facebook

======================================
Laman Web Urusan
======================================

Di laman web ini, pengguna akan mendapat informasi – informasi berkaitan industri pemasaran dan perniagaan internet bagi pasaran tempatan.

Ini adalah merupakan laman web newsletter yang mana pengguna akan menerima maklumat – maklumat berkaitan perniagaan dan pemasaran internet yang dikirimkan oleh Amirol secara personal ke email pengguna.

Laman web ini adalah merupakan laman web newsletter yang mana pengguna akan menerima maklumat – maklumat berkaitan perniagaan dan pemasaran internet dalam Bahasa Inggeris dan juga untuk peringkat antarabangsa.

======================================
Pesanan Daripada Mohd Amirol
======================================

Terima kasih kerana telah melayari ke blog ini. Saya harap anda “enjoy” ketika berada di blog ini.

Semoga segala informasi yang saya telah dan bakal saya kongsikan di blog ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Akhir kata, selalu – selalu lah datang ke sini ya? ;)

ikhlas,
Amirol