Buat Duit VS Empayar Perniagaan Di Internet

Seperti yang kita sedar, terdapat golongan yang ingin menjana pendapatan di internet termasuk diri saya sendiri. Siapa yang tak mahu jika ditawarkan untuk hanya bekerja dari rumah sahaja tanpa perlu untuk bersusah payah menghabiskan minyak kereta (mentang – mentang minyak dah naik harga) untuk pergi ke pejabat, atau bekerja di bawah arahan orang (boss besar). Malah, jika pendapatan yang diperolehi hasil daripada menjalankan perniagaan di internet adalah melebihi daripada pendapatan kerja dibawah orang, sudah tentu hal ini menjadi pilihan utama kita semua. Terdapat 2 perbezaan golongan yang...
read more

Dunia IM Malaysia Makin Maju

Dalam tempoh 3 minggu ini sahaja, lebih daripada 3 keluaran produk digital yang dilancarkan satu persatu oleh usahawan – usahawan internet Malaysia. Ini menunjukkan perkembangan industri pemasaran produk digital di negara kita semakin pesat berkembang. Jika dulu hanya ada beberapa kerat sahaja produk digital yang dipasarkan oleh IM tempatan, namun kini keadaannya telah berubah. Makin ramai yang telah berminat untuk menjadi usahawan internet dengan mencipta dan memasarkan produk tersendiri. Satu perkembangan yang cukup membanggakan dan menyeronokkan untuk pasaran tempatan! Walaubagaimanapun,...
read more

Tips Meluahkan Permasalahan@Pertanyaan

Dalam tempoh hampir 3 minggu ini, saya menghadapi kesukaran untuk mengakses ke internet lebih – lebih lagi untuk melayari laman web daripada pihak Google. Hal ini termasuklah kesukaran untuk mengakses ke Adwords, Adsense dan Gmail. Setiap kali saya membuka email Gmail, beginilah paparan yang tampil. Terpaksalah saya menggunakan Basic HTML view sahaja untuk masuk ke dalam Inbox. Adakah anda turut menghadapi masalah yang sama? Atau mungkin masalah ini timbul dikawasan saya sahaja? Hmmm… Banyak kerja jadi lambat lebih – lebih lagi untuk urusan download dan upload… Baiklah,...
read more

Pheww… Minggu yang cukup sibuk

Fuh… lebih seminggu saya tak update Blog ini… Maaf sangat – sangat… Saya tak berkesempatan nak berkongsi informasi / perkembangan terbaru memandangkan saya banyak buat kerja luar sejak minggu lepas. Hari ni seharian pula menguruskan kemasukan adik bongsu saya ke PTPL. Banyak juga kerja – kerja yang tertangguh, ada email yang tak berbalas. Maaf ya! Saya akan reply as soon as possible. Baiklah, apa yang kita nak cerita hari ini ya? Apa kata hari ini kita bercerita tentang kepentingan mailing list? Rasanya ramai diantara anda dah tahu kepentingan list, tetapi berapa ramai...
read more

Saya Tiada Produk Untuk Dijual

Kali ini saya ingin membincangkan sedikit persoalan yang sering saya terima daripada pembeli produk saya sendiri. Soalan – soalan ini adalah soalan biasa buat mereka yang baru ingin berjinak – jinak dalam perniagaan dan pemasaran di internet. Baiklah… berikut adalah antara soalan yang kerap saya terima daripada pembeli produk Pakej Web Jualan: Saya dah baca semua kandungan ebook, tetapi saya masih belum ada produk untuk dijual. Apa perlu saya lakukan? Boleh tak saudara berikan idea apakah yang boleh saya lakukan dengan produk anda? Saya dah beli ebook anda tetapi tak tau nak...
read more

Tikaman Belakang & Kepercayaan

Artikel kali ini mengisahkan sedikit kejadian yang berlaku dalam hidup saya 1 hari lepas. Kita sebagai manusia sememangnya tidak akan lari daripada masalah peribadi dan kadang kala masalah peribadi ini begitu kuat kesannya sehingga mengganggu mood dan tahap kerja kita. Ketika ini, saya sedang dalam keadaan mood yang tengah marah, sedih dan juga kecewa. Ini adalah berpunca daripada salah seorang rakan yang saya percayai sepenuhnya telah melakukan sesuatu perkara yang betul – betul tidak saya duga umpama “menikam dari belakang” setelah 7 tahun kami berkawan… yang telah saya...
read more

Kerja Tergendala & Majalah IM

Saya telah menyiapkan Video Tutorial untuk ________ dan seharusnya sudah boleh dilancarkan. Namun, masalah timbul apabila ada suara – suara “donald duck”, “chipsmunk” dan “monster” di beberapa bahagian pada setiap video yang telah diproduce… Geram pula rasa sebab masalah ni timbul. Pada mula saya fikir masalah ini berlaku hanya pada komputer saya sahaja dan saya berikan beberapa orang rakan online untuk lihat video yang disiapkan. Namun, semua mengatakan video ini mempunyai suara “donald duck”… aduh aduh… Cute tu, memang cute.....
read more
Page 6 of 21« First...45678...Last »