Langkah Mula Bisnes Internet

Feb 28

Bilakah kali terakhir sahabat sekalian membeli produk – produk informasi berkaitan dengan “buat duit di internet“?

Jika kita lihat pada hari ini telah wujud pelbagai genre produk informasi yang telah diterbitkan oleh “pakar-pakar buat duit di internet“, yang mana boleh dikatakan hampir kesemua tawaran yang diberikan berkuasa untuk mengganggu-gugat nafsu kita untuk memilikinya…

Clickbank? Adsense? Affiliate? Web Flipping? Ebay? Facebook? dan pelbagai macam lagi topik berkaitan “bagaimana nak buat duit dengan XXXX” diterbitkan bersilih ganti dan hampir kesemuanya umpama memberi janji kepada kita bahawa kita mampu untuk menjana pendapatan lumayan RMXXXX jika kita memiliki produk mereka.

Persoalannya sekarang:

  1. Adakah produk – produk tersebut benar – benar berkesan dapat membantu kita mendapat “wang” di internet?
  2. Adakah produk – produk tersebut betul – betul praktikal dan senang untuk dilaksanakan?
  3. Bolehkah orang macam kita yang ZERO (0) pengalaman dan kemahiran boleh berjaya macam mereka si “pakar” aka “otai“?

Antara dilema yang sering melanda kebanyakan orang yang ingin “buat duit di internet” adalah; mereka menerima terlalu banyak tawaran dan janji yang pada akhirnya membuatkan mereka “overload” seterusnya langsung tidak berbuat apa – apa tindakan.

Antara aduan biasa yang sering saya lihat adalah:

  • Saya dah habis beratus ringgit beli ebook A, B, C, D, E, F etc tapi semuanya hampeh, basic info je. Cari kat Google™ pun boleh dapat info tu!
  • Saya ingat bila dah dapat ebook tu, tak perlu lagi nak keluarkan RM, tapi rupa – rupanya kena invest lagi beli domain, hosting etc…
  • Saya tak mahir bab – bab teknikal buat web, jadi macam mana saya nak gerak? Bantu saya!

Melihat senario ini, saya percaya puncanya adalah…

Si OTAI Tipu Kita! Tipu Tipu Kita Lagi!

Apa? Otai telah tipu kita? Hah, siapa suruh panggil mereka otai? kan dah terkena! Tak dapek den nolong ekau!

Yang sebenarnya, mereka tak tipu kita (mungkin ada la sorang dua). Mereka kebiasaannya berkongsikan perkara yang mereka lakukan (atau perkara yang mereka tahu). Biasalah, sudahpun nama mereka sebagai “usahawan produk informasi“, maka sudah tentulah kebanyakan produk – produk mereka berasaskan informasi yang diterbitkan dalam bentuk ebook, video, audio dan sebagainya.

Jadi, apakah puncanya kenapa kita tidak sukses seperti mereka? Apakah “secret recipe” golongan si “otai” tu buat duit di internet?

Betul ke ada “RAHSIA” nak buat duit di internet ni?

Ada sebenarnya bang, kak! Rahsianya adalah “TINDAKAN” dan “JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA”.

Tak lupa juga untuk sentiasa berdoa kepada Yang Maha Pemurah dan Pemberi Rezeki kepada kita. :)

Tiada rahsia hebat sebenarnya untuk menjana pendapatan di internet. Ikut sahaja “langkah – langkah” mereka yang telah berjaya. Lihat konsep pemasaran yang mereka lakukan, dan kita follow.

Kata mat salleh, “Do not re-invent the wheel“.

“Follow footsteps” orang yang dah berjaya tetapi dengan cara kita. Otai buat mailing list, kita pun kena buat mailing list… tetapi niche yang berbeza. Otai buat marketing di facebook, kita buat marketing di facebook juga, tetapi dengan cara penyampaian yang berbeza dan LEBIH BAIK.

Pendek kata, jejak langkah mereka kita ikut tetapi pastikan diikut mengikut tahap dan kemampuan kita pada ketika ini. Jangan terlalu gopoh dan jangan terlalu taksub dengan teknik – teknik yang si otai. Jangan diikut perkara tak baik (blackhat) contohnya melakukan SPAMMING biarpun mereka mendapat hasil dengan teknik hitam ini.

Sekiranya anda masih lagi tercari – cari langkah untuk menjana pendapatan pendapatan di internet, maka berikut adalah langkah – langkah permulaan yang harus anda lakukan bermula hari ini SEKIRANYA anda serius untuk mula menjana pendapatan di internet. :)

1. Lupakan segalanya tentang buat duit di internet!

Aik Amirol? Takkan nak lupakan. Macam mana nak buat duit di internet kalau nak kena lupakan apa yang saya dah baca?

YA! Pertama sekali, lupakan segala – galanya tentang apa yang telah anda ketahui sebelum ini. Adsense ke, Clickbank ke, Affiliate Marketing ke, Ebay ke, apa – apa jua tentang buat duit di internet… Lupakan mereka!

Kenapa saya suruh lupakan tentang hal buat duit di internet? Sebabnya adalah kerana saya tak mahu anda serabutkan kepala anda dengan perkara – perkara yang boleh menyebabkan anda keliru yang mana satu harus anda lakukan.

2. Tenang dan kosongkan minda.

Perkara kedua adalah, jangan lagi melihat tawaran – tawaran produk yang menjanjikan anda boleh “buat duit di internet” pada masa ini. Biarkan minda anda berehat dan bertenang daripada memikirkan soal “buat duit di internet“.

Sekiranya anda terus menerus melihat tawaran bagaimana nak buat duit di internet, maka selagi itulah anda akan terus berjalan pada jalan yang tiada penamatnya yang pada akhirnya tidak akan membawa apa – apa hasil kepada anda. Sebabnya, anda berpotensi untuk berpindah daripada satu fokus kepada fokus yang lain.

3. Kenalpasti minat, pengalaman, kepakaran dan juga sumber yang anda miliki.

Ok, sekarang bila hati dah tenang, jiwa dah tenang, otak pun dah tenang, maka ini perkara yang paling penting. Kebiasaannya, apabila kita membeli satu – satu produk informasi; katakan ebook bagaimana nak buat duit dengan ebay, setelah selesai sahaja kita membaca ebook tersebut, akhirnya kita mendapati rupa – rupanya kita ni tak minat pula nak jual produk fizikal. Alasannya, mungkin tak minat nak urus bab penghantaran (shipping), tak ada modal besar nak invest dalam membeli stok produk dan sebagainya.

Akhirnya, kita lupakan bab ebay dan kembali mencari “rahsia” lain pula.

Jadi di peringkat ini, saya begitu syorkan anda untuk:

  • Kenalpasti minat anda

Dengan mengenali apakah minat anda, maka anda boleh memikirkan pula apakah perkara yang dapat anda lakukan dengan minat tersebut untuk menghasilkan pendapatan.

Sebagai contoh, anda tak minat nak urus pelanggan, tetapi minat pula untuk menulis artikel. Maka anda mungkin sesuai menjadi seorang “blogger”

  • Kenalpasti pengalaman anda

Mungkin anda berpengalaman luas dalam pembuatan char kuew tiaw. Dengan berbekalkan pengalaman ini, anda boleh fikirkan sesuatu yang dapat memberikan hasil pendapatan daripada pengalaman anda. Contohnya menulis panduan “char kuew tiaw best!”, atau menjadi supplier bahan – bahan char kuew tiaw dan sebagainya.

  • Kenalpasti kepakaran anda.

Kebiasaanya, apabila anda pakar dalam satu – satu bidang, maka anda boleh tawarkan kepakaran anda tersebut.

Sebagai contoh, katakan anda pakar dalam melakukan pendawaian (wiring), maka anda mungkin boleh menyediakan perkhidmatan seperti konsultansi tentang pendawaian di dalam rumah, atau memasarkan perkhidmatan anda di internet.

Usah lari daripada kepakaran anda jika ia mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan.

  • Kenalpasti sumber yang anda miliki

Sumber yang dimaksudkan di sini adalah sumber dari segi modal, resource (bahan) dan juga kemampuan anda.

Modal: Jika anda mempunyai modal besar, maka anda boleh bergerak dengan lebih laju dalam pemasaran internet berbanding dengan mereka yang tiada modal. Modal tersebut mungkin akan digunakan untuk outsource dan pengiklanan.

Resource: Jika anda ada kenalan online yang sudah melakukan pemasaran dan perniagaan di internet, maka anda boleh mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat daripada mereka bagi membantu melancarkan langkah anda menjana pendapatan di internet.

Kemampuan: Jika anda tak ada kemampuan untuk membina laman web pada ketika ini, maka anda mungkin perlu mengambil masa untuk belajar atau jika anda mahu cepat, maka anda perlu mencari freelancer yang dapat membantu anda (ini memerlukan modal).

Jadi, dengan  mengetahui apakah sumber yang anda miliki pada ketika ini, ianya dapat membantu anda bergerak dengan pantas untuk menjana pendapatan di internet.

Setelah anda mengenalpasti ketiga – tiga perkara diatas, maka barulah anda dapat merancang langkah anda dengan lebih baik untuk membangunkan perniagaan internet anda.

“Amirol, Saya Nak Buat RM1000 Dalam Masa 7 Hari, Ada  Cara Tak?”

Ada cara… TETAPI ia bergantung kepada beberapa perkara.

Jika anda mahukan apakah caranya, maka berikan komen anda dibawah dan saya akan kongsikan cara untuk menjana pendapatan di internet pada post yang akan datang HANYA JIKA saya mendapat sekurang – kurangnya 20 orang yang memberikan komen (sahabat jangan guna banyak identiti pulak yer waktu komen) ;) .

468 ad

65 comments

  1. Sy nk ader pendapatan sampigan menggunakan e-bisnes….Boleh x saudara amirol menjadi mentor sy…Sy igt nk mulakan dgn membuat blog mengenai tekik masakan…kemudian memberikan khidmat bantuan live dan akhir sekali mengeluarkan e book….sy tak tau bagaimana utk mulakan

  2. Saya sangat bersetuju dengan pendapat tuan.

    Kita perlu fokus dengan apa yang kita rasakan sesuai dengan kita. Dan yang paling menarik, tuan kongsikan di sini berdasarkan pengalaman tuan di dalam bidang online.

    Insyallah saya akan ikuti perkembangan blog tuan bagi mengikuti perkembangan terkini dunia perniagaan online.

    Terima kasih.

  3. Untuk bermula, kita kena pilih apa yang kita nak buat di internet. Lepas tu dapatkan ilmu atau sumber rujukan sama ada yg free atau berbayar,kalau ada duit lebih boleh attend bengkel lagi cepat kita belajar dah faham, lepas tu ambil tindakan dan buat sampai berjaya atau sampai dapat hasil, Insya-Allah, pasti membuahkan hasil…sekadar berkongsi pengalaman saya

  4. Bagus artikel ni, mirol. Macam motivasi pun ader. Memang ramai penipu dalam penjualan ebook ni. Ebook yang berbaloi & berkualiti, jarang didapati. Kekadang pelik jugak, baru buat income sikit dah keluar ebook :) . kesian kat mereka-mereka yang membeli tapi ebook tu kosong jer sebenarnya… takat basic.

    Beli ebook keluar duit
    belum tentu dapat duit
    beli domain keluar duit
    mungkin kita dapat duit
    beli stok keluar duit
    dapat jual dah tentulah berduit….
    hehehe

  5. Sepat /

    Memang betul apa yang tuan Amirol bagitau di atas..
    Saya sendiri dah banyak kali beli macam-macam ebook itu dan ini.

    Selalu tergoda dengan tawaran menarik, sampai akhirnya tak buat apa pun sebab overload dan tak pasti model bisnes online mana yang terbaik untuk saya buat..heh..:)harap tuan dapat kongsikan nanti cara menjana pendapatan tersebut..

    terima kasih..:)

  6. Assalamu’alaikum,

    Satu perkongsian terbaik dari sifu Amirol. Saya sendiri pun telah berjumpa dengan ramai pelanggan yang sering menyalahkan orang lain di atas kegagalan mereka. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana masing-masing ada peranan dalam menyumbangkan kesalahfahaman tersebut. Si penjual juga mungkin terlalu ‘over’ atau hype dalam surat jualan mereka manakala pelanggan pula terlalu meletakkan harapan yang tinggi dan salah faham tentang perniagaan internet.

    Ada yang saya jumpa pelanggan yang menyalahkan produk yang mereka beli kerana tidak mampu memberikan apa-apa kepada mereka sedangkan dalam masa yang sama produk tersebut juga yang banyak membantu saya dalam mendirikan perniagaan internet.

    Paling ramai saya jumpa ialah yang pening atau blur dek kerana ‘information overload’ atau ‘product overload’ akhirnya tak tahu nak buat apa, terus senyap.

    Tip yang diberikan oleh sifu Amirol adalah yang terbaik!

  7. mmg sush rasenye nak compete dgn otai ni..yg penting sebenarnya kretif..

  8. Salam ceria tuan.

    Satu perkara yang sangat-sangat menekan apabila dah tahu, dah ada ilmu, boleh bikin punya, dah macam-macam alasan; pro dan kontra, dan macam-macam lagilah. Saya seronok sebenarnya bila ada masalah; tak kisah, kecil atau besar masalah tu..bila difikir-fikirkan balik, jgn cakap aje..BUAT BUAT BUAT!! Nak tunggu apa lagi. Sebenarnya itulah MASALAH saya, orang yang bernama IKHSAN ini..mohon bantuan..kita kongsi-kongsi idea, elokkan..

  9. Assalamualaikum W.R.T W.B.T Tn. Amirol,

    Terima kasih tuan sebab terbitkan post yang amat berinformasi ini. Saya sokong jika tuan sudi berkongsi rahsia tersebut. Bagi saya, mungkin ramai menjangkakan yang mereka telah memulakan bisnes internet dengan betul, walhal, masih ada langkah yang tertinggal hingga menyebabkan bisnes internet yang dijalankan tidak maju dan tiada hasil. Saya sokong tuan untuk berkongsi informasi ini. Terima kasih tuan Amirol.

    Ikhlas
    Syed Fareed

  10. Setuju apa yang anda katakan, perlu tahu kemahiran dan kemahuan yg ingin dijadikan sebagai satu perniagaan. Terima kasih..

  11. Assalamualaikum Saudara Amirol,
    Memang betul pun apa yang saudara Amirol nyatakan di atas. Nasib baik saya bukan jenis orang yang cepat aje memebeli e-book. Saya fikir dulu smada e-book itu sesuai dengan saya atau saya ada masa and berminat tak nak buat bisnes tu. Sekiranya selepas 2 or 3 hari fikir, saya rasa saya tak berminat beli, tak adalah saya teruskan niat saya tu.

  12. Salam Amirol.
    Apa yang Amirol bgtau tu, memang itulah yang terjadi pada diri saya. Overloaded. Akhirnya saya ambil keputusan menjual servis mengikut kepakaran@skill yang saya ada. Alhamdulillah setelah agak berjaya, barulah pelan2 (perlahan) saya mencuba e-biz. Terimakasih atas perkongsian info

  13. Yup, mmg btol ape yg tuan cakap. Lupakan semua pasal buat duit diinternet. Sy dlu pon penah overload ngn info2 buat duit nih. Sume bende nk buat last2 hapa pon tadak. Stat taun 2011, sy mule fokus buat bidang yg sy minat iaitu pakaian dan fashion. Alhamdulillah sekarang client makin ramai n hasil pon dah ade. Doakan semoga syarikat sy berkembang maju insyaAllah.
    Kepada sahabat2 diluar sana yg ade masalah, buat step2 yg tuan amirol bgtau..mmg berhasil. Sy dah buat n sy tau ia berhasil.

  14. zulJB /

    assalamualaikum

    he..he.. saya ni tengah overloaded la ni..
    macam-macam nak buat.. Sebab tulah masih tak mulakan apa-apapun lagi.Tapi setelah difikir masak-masak rasa macam nak mulakan dan hanya fokus pada adsense je dulu.. mudah-mudahan panduan dan tunjuk ajar dari Tuan Amirol dapat membantu saya yg zero ni…

  15. Assalamu’alaikum Amirol.

    Sungguh benar apa yang dikongsikan. Oleh kerana terlalu banyak maklumat yang diperolehi, membuatkan saya mengalami lebihan maklumat dan akhirnya tiada tindakan apa2 yang berlaku.

    Alhamdulillah, setelah saya melalui proses 1 & 2, saya menjadi lebih tenang dan akhirnya kini saya mahu menumpukan perhatian kepada Blog dahulu. Untuk makluman, sekarang sudah hampir 8 bulan saya berblogging. :-)

    Terima kasih Amirol.

    p.s: kalau nak komen banyak2 boleh tak? Nak cukupkan bilangan 20. :D

  16. imanyusof /

    As Salam,

    bagaimana pula kalau kita tak tahu minat kita apa dan kita tak ada kepakaran langsung, maksudnya semuanya biasa2 aja, nak buat blog , tak ada bakat menulis dan tak kreatif,yang kita tahu hanya nak buat internet marketing dan nak dapatkan komisen?susah juga kalau mcm ni sbb tujuan nak buat internet marketing ialah supaya tidak terikat @ kerja di bwh pengawasan org dan bebas mencorakkan masa sendiri.

  17. Anuarz2000 /

    Terima kasih dengan informasi ini…
    Ramai yg berilmu tapi masih kosong nak memulakan bisnes internet dari mana..
    masih tercari2 langkah yang sesuai dimulakan…bantulah kami ini.

  18. Saya pernah, tercari2 cara menghasilkan duit di internet. Telah pun mencuba beberapa cara. Tapi hasilnya tak seberapa. Selepas mengkaji semula apa yg tak kena. Rupa2nya, saya tidak fokus pada satu cara dan mencuba byk cara sekaligus. Skrg saya dlm proses merangka pelan mengikut minat dan kemahiran saya. Memang benar kata2 Amirol di atas. Cuba fokus pada satu cara yg dirasakan berkesan, gunakan mengikut kemahiran dan minat kita.
    Wassalam…

  19. Assalamu’alaikum

    Saya mengalu-alukan jika tuan mahu berkongsi ilmu mengenai cara menjana pendapatan di internet. Memang dah beribu RM habis dan terlalu melimpah maklumat yang diterima. Tapi yang lebih malangnya, IM yang promote ebook pun tak fokus pada satu jenis perniaagaan, ada yang mendakwa pakar dalam bidang tertentu, tapi mengaku juga masih melakukan kepelbagaian bisnet internet. Macam mana ni? bertambahlah keliru…

  20. zarihan /

    Kita kena percaya pada diri kita. Mungkin bagi otai RM1000 dalam 7 hari tu kacang saje bagi mereka. Membeli banyak ebook yang berlainan cara buat duit di internet tidak juga satu kesilapan bagi mereka yang ingin buat duit di internet. Memang anda rugi, habis duit banyak tapi dari segi ilmu mungkin kita boleh guna untuk bisnes kita nanti. beberapa perkara yang saya ingin kongsi di sini ialah
    1. Ilmu
    2. Modal
    3. tindakan
    4. fokus terhadap bidang anda
    Ilmu-saya juga dalam proses untuk keluarkan produk sendiri tidak lama lagi. Tanpa ilmu saya tidak akan dapat menciptanya.
    Modal- adalah sesuatu yang amat perlu dalam bisnes.
    tindakan – setakat mana kita mampu bersaing dan sebagainyalah
    fokus – jangan lompat dari satu bisnes ke bisnes lain.

  21. Nurul /

    Assalam..
    betul 100%..
    semoga bro amirol sudi berkongsi ilmu ngn kami=)

  22. Assalamualaikum

    Memang banyak ebook yang ada dipasaran internet sekarang ni. Ada yang benar2 berkualiti dan mampu memberi panduan kepada newbie seperti saya. Ada juga yang kurang berkualiti. Rasa rugi bila dah beli. Pada saya yang penting adalah FOKUS. Jika kita fokus kita akan tahu apa yang kita nak lakukan. Bila hilang fokus, kita rasa tak tentu arah dan kurang yakin dengan apa yang kita lakukan. MATLAMAT akan menggerakkan kita untuk bertindak. Tetapkan matlamat untuk mencapai sesuatu. Misalnya dalam seminggu, berapa list dan berapa income nak kita capai. Dengan ini kita akan melakukan bermacam2 cara (cara yang betul)untuk mencapai matlamat tersebut.BERDOA’ kepada ALLAH semoga dipermudahkan jalan.Dan sentiasa bersangka baik kepada NYA.

  23. Perkongsian yang telus dari Tuan Amirol..Teruskan menulis…

  24. ilmu, panduan dan ingatan yg bagus kepada diri saya sendiri..sejak 2005 saya mulakan business melalui online dengan menawarkan perkhidmatan fotografi. Sememangnya strategi yg En Amirol kongsi ni saya gunakan. Kini saya tidak pernah berpuas hati dgn ape yg saya capai sebab itu saya sentiasa ‘berdamping’ dgn En. Amiro tuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan strategi pemasaran terbaru di internet.

    Terima kasih.

  25. Salam.Baguih kalau en. amirul ingin berkongsi maklumat tentang cara-cara memulakan bisnes diinternet.Saya amat mengalu-alukan.Sebagai orang baru saya amat memerlukan tunjuk ajar dari pakar.

  26. Salam.
    Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat cara2 bagaimana nak start bisnes internet.
    saya mengalu-alukan.

  27. mohd.fazli aziz /

    overload….overload mmg saya tgh overload.ssb tu saya rasa saudara amirol ja yg akan jadi panduan saya lepas ni…smoga terus berkarya demi agama,bangsa dan newbie…..tima ksh sdra amirol

  28. Syah /

    Assalamua’laikum tuan amirul.pa yg tuan katakan tu smuanya btul.sy masih merangkak utk menuju kejayaan spt newbis yg lain.apapn sy ucap ribuan trima kasih atas bimbgan.hrap tuan sentiasa bantu kami

  29. Assalam semua,

    Saya bersetuju dengan Amirol, saya rasa lama juga berhubung melalui email dengan Amirol..tapi tak pernah bejumpa..hehehe..daripada tahun 2006 hingga 2011..saya cuba berkecimpung dalam internet..beli ebook itu dan ini..ada jugak yg free..sebenarnya kejayaan sebenar berniaga dlm online adalah kesabaran dan kefahaman yg mendalam berniaga dlm online internet.
    Kefahaman yang paling penting sebagai seorg Usahawan Internet ialah kelebihan memppelajari website dan elemen penting yg perlu ada dlm website agar dpt membantu kita memasarkan produk.

  30. Tulisan yang datang dari hati, perginya ke hati.
    Tulisan ini sikit sebanyak menyentuh hati saya.
    Tenkiu bro Amirol.
    Saya tunggu artikel seterusnya dari bro.

    Semoga Allah balas usaha baik bro atas perkongsian ini.

    Tenkiu

  31. Sememangnya untuk berjaya dalam apa jua bidang kita
    perlu lakukan tindakan, jangan cepat mengalah & sentiasa berdoa memohon kepada Yang Esa…

    Tips-tips yang diberikan sungguh menarik…
    Amat berguna untuk mereka yang ingin bermula menjana
    pendapatan di internet…

    Ya… seharusnya kita mengenal pasti minat, kekuatan, kepakaran kita sebelum kita memulakan sesuatu perniagaan …

    Kalau kita buat sesuatu yang kita minat… sudah pasti kita tidak cepat bosan…

    Salam Kejayaan Buat Semua :D

  32. dollah /

    assalamualaikumm..
    ada benarnya kata-kata amirul tu,kita rasakan macam senang sangat nak buat duit bila baca surat jualan mereka…(maksudnya otai tersebut telah berjaya menyetuh hati kita)

    wal hal pada hakikatnya kita tidak mampu nak lakukan seperti mereka lakukan kerana kerana hangat2 tahi ayam.

    saya juga setuju sangat pandangan amirul itu,buat apa yang kita minat-yang kita suka-yang kita tahu-yang kita pakar-tapi kenalah bersunguh2 juga.

    ok apa2 pun tahniah kerana dapat membuka minda ramai orang mengenai biz internet

  33. “Isu Otai tipu kita” sebenarnya banyak terjadi. Paling tak rasional bila kita fikir sedalam-dalamnya persoalan ini;-

    Kalau betul teknik yang dibuat berjaya memberikan pulangan lumayan.. beribu-ribu lemon dalam masa 7 hari, KENAPA nak dibocorkan rahsia itu?

    DI sini, ada pro / kontra yang timbul, kenapa dibocorkan rahsia;

    1. Nak tolong anak bangsa supaya berjaya.

    2. POYO, cakap tak serupa bikin, si OTAI hanya tahu teori sahaja, walhal, sesetengahnya tak pernah pun merasa ‘RM1000 dalam 7 hari’ (atau mungkin pernah rasa SEKALI JE seumur hidup).

    3. Aku dah sapu habis, kenapa tak kongsi je teknik yang dah basi ni.. (atau praktikal hanya pada 3 tahun yang lepas)

    4…

    Untuk newbie, yang tercari-cari informasi, pasti akan terjerat dengan salesletter yang hype, ditambah plak testimoni kroni-kroni OTAI, kononnya memang produk ‘killer’, walhal biasa-biasa je (dan boleh google ).

    Mungkin ramai OTAI diluar sana akan merasa panas dengan komen ini tapi terimalah hakikat. Tolong jual produk yang hanya yang memberikan manfaat sebenar kepada pembeli, bukan sekadar untuk memenuhkan kantung sahaja.

    Apa-apa pun, tulisan Amirol banyak benarnya, terutama berkaitan FOKUS, SERASI dan MINAT. Bukan sema perkara yang sesuai untuk kita buat, patah lagi kalau tank ngan dengan JIWA.

    Maaf andai ada yang tersinggung.

    • Point saudara SamDaddyCool ada benarnya dan saya pun pernah ‘terbeli’ dengan produk super hype ni. :)

      Sebenarnya, amat sukar untuk ‘blame’ sesuatu produk itu sampah. Mungkin pada sesetengah orang, ilmu yang disampaikan baru dan pada orang lain ilmu tersebut ‘biasa-biasa’.

      Jadi, untuk mengurangkan potensi tersalah beli produk yang over hype ini, first check pada diri sendiri dahulu.

      Pastikan apa yang anda tahu dan anda tidak tahu. Untuk perkara yang tidak tahu,boleh search pada Google atau bertanya melalui forum.

      Ini teknik saya gunakan sebelum saya beli apa2 produk local dan international. :)

      Apa-apa pun, entri Amirol kali ini adalah TERBAIK!

  34. suwaibah bt hj mohd nasir /

    saya menjalankan perniagaan dgn membekalkan peralatan sukan maksudnya, track @field item, n goods…. serta running an event for sports n consulting example, kursus2 berkaitan sukan n event unk semua golongan drp peringkat, sekolah men/ren/universti/ mn2 individu or kelab n korporat. n persatuan unk jayakan program spt motivasi, team building, event2 yg melibatkan sports/extrem, dimasa yg sama sama sy menjual semua produk sukan, lgpun saya bekas atlit negara dlm acara larian jarak jauh, dan tak lama lg insyallah saya akan merentasi sahara sebagai menjadikan rekod malaysia book of record n guiness book of record…. baru2 ini saya telah diwawancara oleh bernama tv dl program hello malaysia yg akan muncul dlm 2minggu lg d kaca tv, mengenai larian sahara yg juga penaung larian ini ialah seorang yang amat kita sayangi, mantan perdana menteri malaysia, y.a.bhg tun…jd dgn fokus yang ada saya seratus peratus memberikan tumpuan produk kpd sukan , boleh en amirol bantu saya bagaimana saya menjana pendapatan melaui produk sukan and relate kan dgn my international event ini dgn menjual produk sukan n serta dapt membantu menjual produk sukan dengan sebahagiannya dapat mengisi tabung palestin, larian sahara adalah unk menghebahkan kpd dunia akan keperitan, kesengsaraan,serta penderitaan rakyat palestin kerana kesan drp cengkaman kezaliman zionis, apa2 pun kita lakukan mestilah kita memburu pendapatan,di dunia n kita juga harus menyedari akan saham kita di akhirat kelak, apa salahnya sedikit sumbangan kita hulurkan kpd insan yg amat2 memerlukan,dalam intipati saya ini, ingin meminta pertolongan en amirol berkongsi serta pelayar web en amirol turut memberi komen kpd saya insyaallah saya akan dapat idea2 menarik lagi, oh,,yer larian ini selama 35hari, jarak 1,500km n banyak lg nak cerita tp kpd siapa yang ingin mengenali saya, just googles…suwaibah bte mhd nasir, insyallah…. sy sedia mendengar sehala komen anda,,, especially otai kita en amirol…..

  35. betullah
    saya dah cub banyak dah termasuk sewa apa pa yang dia kata diperlukan
    samapai la ni tak ada pun
    baru baru ni ada tawaran ikut kursus 2 hari bayar 1495
    ringgit dah tempah tempat dah cuma belum sempat hadiri aja
    memang say tak serik lagi sebab percaya nilah dunia akan datang
    lama dah naK IKUT AMIRUL TAH KELAIN PULAK
    BAGAIMANAPUN TERIMAKASIH bolih dapat info lagi
    jumpa lagi
    salam

  36. NazriBiz.com /

    Seya selalu tunggu saudara amirol post blog atau email kerana bagi saya setiap kali saudara Amirol post mesti kandungannya tidak sia-sia. Tq Bro..

  37. Khairunnisa /

    Sesungguhnya saya masih blur dan perlukan masa untuk mengenali perniagaan internet.Saya dalam proses untuk mendalami cara-2 dan mencari bidang yang sesuai untuk di ceburi….Terima kasih saudara Amirol kerana sentiasa memberi tips dan nasihat yang bleh membantu saya mengenali bidang ni….

  38. Macam tuan amirol katakan .. tindakan dan tidak putus asa penting, juga tahu model perniagaan mana yang mahu diceburi, kerana macam tuan Amirol katakan di posting atas, byk cabangnya.

  39. Mohammad Fauzee /

    salam…
    saya seorang penjual web hosting dan domain… ada tak cara nak mempromosikan web hosting saya?

  40. YEAH YEAH…….SAYA KOMEN CUKUPKAN KUOTA YANG KE 40…DAH BOLEH DAH AJAR DAH NI CARA2 DAPATKAN RM1000 DALAM MASA 7 HARI NI

  41. Bunny /

    mantap bro..

  42. Zolmahbob /

    Saya baru saja nak mencuba system affiliate dengan Clickbank. Ingat nak buat satu website;Kawan ada beri saya satu website template, ada hoplink kepada web lain dengan system bayaran melalui Paypal (macam affiliate). Saya dah cuba semua link tu masih ‘hidup’. Macam mana saya nak buat supaya transaction lepas ni akan dapat pada saya.

  43. Setuju dengan tuan Amirol. Berdasarkan pengalaman saya, banyak kali saya membeli ebook itu, ini. Macam-macam ebook, tapi last2 tak buat apa-apa sebab terlalu overload. Kini saya cuba fokus sesuatu program atau ebook sahaja. Memang betul fokus sesuatu produk atau program membawa hasil.

  44. saya bersetuju ngan saudara amirol, dah banyak kali gak saya cuba nak buat perniagaan internet, walaupun masih belum berjaya, saya pasti akan dapat mencapai kejayaan itu, cuma masa dan ketikanya belum sampai. kepada kekawan yg dah mencuba teruskan mencuba kejayaan pasti akan datang. kepada kekawan yang telah berjaya, tahniah di ucapkan

  45. saya masih proses menimba ilmu mcmana nak biz kat internet, keinginin saya nak buat biz kat internet memang kuat, tapi saya masih belum memulakan langkah pertama lagi, tapi saya optimis dalam masa terdekat ini saya pasti akan melakukannya. Yang pasti emil-email dari saudara amirol banyak membantu saya membentuk cita. terima kasih yang sesungguhnya.

  46. Terima kasih. Maklumat yang baik punya.

Leave a Reply