Amirol & Dunia Internet

Berkongsi Tips, Trik, Teknikal, Idea, Peluang Perniagaan & Keusahawan Internet

Produk Saya

1. Pakej Web Jualan

Pakej Web Jualan

Pakej Web Jualan pada asalnya dikenali sebagai Panduan Memasang Sistem Affiliate & Autoresponder yang telah dilancarkan pada Bulan Nov 2006. Versi Update kemudiannya dilakukan dan dilancarkan dengan nama Pakej Lengkap Membina Web Jualan Sistem Affiliate & Autoresponder pada Januari 2007.

Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan dan mendapat banyak pertanyaan berkaitan pembangunan laman web, maka sekali lagi Pakej ini di update dan pada 6 Jun 2007, Pakej Web Jualan VERSI 2 dilancarkan.

Dan kali ini, Versi Evolusi telah dilancarkan pada 10 Februari 2008 yang mana isi kandungan yang dibekalka telah berubah 50% daripada isi kandungan asal Pakej Web Jualan.

Pakej ini mengandungi lebih informasi berkaitan membangunkan laman web jualan yang mempunyai sistem - sistem asas untuk sesebuah laman web jualan seperti Sistem Autoresponder, Sistem Borang Pesanan, Sistem Borang Hubungi dan Sistem Affiliate.

Keterangan lanjut boleh diperolehi menerusi http://www.webjualan.com

2. Report Percuma

Kali Pertama Memulakan Bisnes Internet

Ebook ini adalah report PERCUMA. Didalam ebook ini saya menerangkan serba ringkas pengalaman saya dalam usaha membangunkan perniagaan internet saya yang pertama serta perkara yang saya lakukan. Malah saya terangkan beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh “newbie” sewaktu ingin memulakan perniagaan internet. Turut didedahkan 1 KUNCI UTAMA untuk anda berjaya memulakan perniagaan internet anda.

Pendek kata, saya menerangkan langkah - langkah ASAS yang perlu difahami dan dilakukan untuk mengelakkan anda terus “tersesat” di dunia internet.

Keterangan lanjut boleh diperolehi menerusi http://www.peluanginternet.com

Pelawat Terkini

Pilihan

Saranan