Berikut adalah sumber rujukan untuk anda mendalami ilmu berkaitan perniagaan dan pemasaran internet.
Penafian: Sumber – sumber yang dibekalkan dibawah ini adalah sebagai rujukan sahaja. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang masalah atau kesukaran yang timbul sewaktu anda menggunakan sumber tersebut.
Blog Usahawan Internet Tempatan Popular
Pemiliki blog ini bernama Mohd Zulfadhli dan lebih dikenali sebagai SmartZul dikalangan komuniti usahawan internet Malaysia. SmartZul adalah merupakan antara usahawan internet tempatan yang telah banyak membantu pengguna internet dalam memulakan aktiviti perniagaan mereka secara online. Produk beliau yang paling popular adalah Pakej Kit Blogger.
Mohd Suhaimy atau Shuth adalah antara usahawan internet yang telah banyak menyumbang terhadap pembangunan industri perniagaan internet di Malaysia. Beliau juga adalah merupakan pengasas kepada forum pertama keusahawan internet Malaysia iaitu WangCyber.com
Blog ini dikendali oleh 2 usahawan internet tempatan yang telah membawa banyak perubahan terhadap penyebaran informasi berkaitan perniagaan internet kepada rakyat Malaysia. Pemilik blog ini iaitu Adly dan Zhafran telah memulakan perniagaan internet mereka sejak dibangku sekolah dan kini telah memiliki empayar perniagaan yang semakin berkembang hari demi hari.
Pemiliknya, Galadriel (nickname) adalah seorang usahawan internet wanita yang telah lama terlibat dalam aktiviti pemasaran internet diperingkat antarabangsa. Beliau mahir dalam copywriting (english) dan banyak menjalankan pemasaran beliau secara “underground”.
Sham atau satu ketika dahulu dikenali sebagai Raja Adsense adalah merupakan usahawan internet yang terawal menghasilkan produk ebook berbahasa Malaysia. Produk RajaAdsense beliau adalah merupakan produk panduan Google Adsense yang pertama di pasaran tempatan.
Blog ini dikendali oleh seorang kenalan saya yang bernama Amirul Faisyal. Beliau membicarakan tentang segala macam perkara berkaitan Search Engine Marketing(SEM) dari asas sehinggalah ke tahap advance.
SaifulSham adalah merupakan mentor pemasaran internet yang amat dikenali. Mereka telah menjalankan pelbagai bentuk perniagaan internet dan mempunyai ramai mentee yang berjaya atas tunjuk ajar mereka. Buku Rahsia Buat Duit Di Internet adalah merupakan salah satu buku yang terawal yang mendedahkan industri ini kepada masyarakat tempatan.
Jutawan Internet yang amat dikenali menerusi buku Rahsia Jutawan Interne Terbongkar. Beliau telah menjadi inspirasi rata – rata usahawan internet tempatan dan telah melahirkan ramai usahawan – usahawan internet sejak kemunculan beliau di media.
Forum Keusahawanan Internet Tempatan Popular
Senarai forum diatas adalah laman yang sering dikunjungi oleh usahawan internet tempatan.
Sumber Rujukan REVIEW Produk
Komenebook.com adalah sebuah blog yang dipercayai dalam memberikan review terhadap sesuatu produk yang diusahakan oleh usahawan – usahawan internet tempatan. Blog ini dikendali oleh saudara Rizal Razali, seorang pensyarah universiti tempatan yang bertanggungjawab untuk memberikan review beliau dengan professional tanpa ada sebarang unsur “bias”.