Kepentingan Self Improvement

Aug 15

Pengunjung blog yang dihormati,

Apa khabar anda semua? Semoga sentiasa sihat sejahtera saya doakan. Al-maklumlah dengan pelbagai kes kesihatan sekarang ini terutama sekali H1N1 dan jerebu membuatkan kita perlu sentiasa berhati – hati serta menjaga diri.

Saya seharusnya semalam, hari ini dan ahad ada seminar PPC Classroom di Singapore… Namun saya membatalkan niat saya untuk pergi ke sana kerana ingin mengambil langkah berjaga – jaga menghindari daripada kes H1N1 yang semakin “membuas”. Sama – sama kita berdoa mudah – mudahan kita dijauhi daripada terkena penyakit tersebut. Moga Allah sentiasa melindungi kita semua.

Sepanjang tahun ini, saya agak kurang aktif ber”blog” memandangkan banyak masa saya dihabiskan dengan aktiviti – aktiviti luar yang menyebabkan saya kurang berkesempatan untuk mengemaskini blog ini. Ditambah lagi dengan “kemalasan” yang sering melanda dalam diri, maka sentiasa terabailah blog ini. :)

Walaubagaimanapun, berkat kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak yang makin menjelang tiba ini (minggu hadapan), saya telah berazam untuk mencuba sedaya upaya saya memperbaiki banyak kekurangan yang ada dalam diri ini.

Saya bercadang untuk menukar”niche” blog MohdAmirol.com ini daripada niche Internet Marketing / Perniagaan Internet semata – mata kepada niche “Self Improvement” dan catatan aktiviti seharian saya yang saya rasakan berguna untuk dikongsikan.

Saya mungkin akan masih bercerita tentang isu – isu Perniagaan Internet, Buat Duit Di Internet atau yang sewaktu dengannya tetapi akan dikurangkan. Sebaliknya, untuk isu – isu berkaitan Perniagaan Internet ini akan saya kongsikan di laman web usahaniaga.com sepenuhnya.

Mungkin juga akan ada penulis – penulis sambilan di web usahaniaga.com tersebut kelak. Kalau anda nak jadi penulis sambilan di usahaniaga.com, saya amat mengalu – alukan.

Banyak perkara yang sedang saya atur kembali pelannya. Sedar tak sedar, sudah masuk pertengahan Ogos dan masih banyak perancangan saya yang belum tercapai…

Kita perlu sentiasa analisa & “keep track” dengan apa yang telah kita rancang,.. yang telah kita laksanakan dan yang belum kita laksanakan.

Dengan itu barulah kita akan sentiasa dapat menilai di tahap manakah diri kita sekarang ini. Bagi saya, perjalanan saya untuk mencapai cita – cita saya masih terlalu jauh lagi. Apa cita – cita saya tu? Mungkin akan dibongkarkan pada episode akan datang. :)

Akhir kata, semoga kita semua akan sentiasa berada dalam keadaan sejahtera dan mampu memperbaiki diri kepada satu tahap yang lebih baik daripada sekarang.

ikhlas,
Amirol Zolkifli

p.s – Produk pertama saya tahun ini telah dibuka tawaran Resell Rights. Maklumat lanjut, klik di sini.

468 ad

14 comments

  1. Assalamua’alaikum Wrt Wbt. Smg Amirol sihat2 hendaknya.

    H1N1 ni dah jadi ‘pandemic’. so, kena tingkatkan tahap kebersihan dan ikut langkah pencegahan yang telah dinyatakan. Apapun, nama H1N1 ni, dah orang boleh buat lawak plak (dengan huruf H dan N tersebut).

    Self improvement sangatlah penting, betul, tak dapat dinafikan faktor pendorong lain (spt keluarga, makwe, pakwe) juga penting. Namun, jika diri sendri yang “tarak improve”, sume faktor pendorong lain akan jadi sia2 aje.

    Dengan kata lain, Jika gabungan rohani, fizikal dan mental berjaya dimaksimakan, hasilnya memang Maksimas!

    Saya setuju kalo IM “tahap gaban” macam
    Amirol ni lebih focus kepada “niche” yang lebih spesifik.

    Ini kerana saya dapati, tak ramai IM yang “focus” untuk “sedarkan” pengunjung, malah yang lebih “jem” lagi,rata-rata mereka takde “niche utama” yang boleh jadi “killer niche” untuk tarik pengunjung untuk dapatkan informasi berkaitan dengan dunia IM. Bila dah takde niche yang spesifik, baik pergi ke blog2 biase je, :-D

    p/s: Malas tak pe bro, janji duit masyuk, hehe, tahniah atas kemunculan produk baru yang telah dinanti2kan ni.

    p/p/s: kalo saya nak jadi penulis sambilan juga boleh ke,rasa nak cenderung ke dunia “ghost writer” la plak :-D

  2. “IM “tahap gaban”” ?

    Saya masih biasa – biasa jer Rizal. Biasanya saya takut bila orang anggap saya gitu. Sebab rasa macam tak bebas pula. :D

    By the way, apa benda lawak dari H1N1 tu?

    p.s – Nak jadi penulis sambilan, tak de hal. Nanti saya berikan link daftar as author. :)

  3. Assamualaikum saudara Amirol. Seronok saya membaca entry hari ini.”bertukar kepada niche self improvement”.

    Saya adalah orang yang sangat seronok mendengar berita ini, kerana itulah juga niche yang saya pilih.Cuma mungkin gayanya sedikit berbeza.Mungkin ada rezeki kita berkerjasama pada masa depan?

    Salam perkenalan dari saya & selamat menyambut Ramadhan.

    Oh ya, jika saudara Amirol ada kelapangan, jempulah singgah di blog saya & tuliskanlah komen moga dapat dimanfaatkan oleh semua.

    Hari ini ada saya tuliskan entry terbaru. Boleh jadi ramai pembaca yang sedang tertunggu-tunggu idea dari Amirol

    Singgah ye..

  4. Wa’alaikumsalam W.B.T saudara Fathuri,

    Ya, saya sekarang lebih berminat dengan niche Self Improvement kerana bermula dengan meningkatkan potensi diri barulah kita boleh berjaya dalam bidang lain.. betul tak? :)

    InsyaAllah, jika ada rezekinya, boleh kita bekerjasama. Terima kasih untuk jemputan ke saudara. InsyaAllah, akan saya tinggalkan “kesan” saya di sana kelak. :D

    Salam Ramadhan jua buat saudara dan salam perkenalan.

  5. Perlukan self improvement..sangat setuju..

  6. Assalamualaikum Amrol. Terima kasih kerana singgah di blog saya .

    You are a man who “walk the talk”.

    Idea yang saudara saya akui menarik. Malah rasanya ramai yang “terkesan” dengan idea itu.

    Kaedah berniaga secara”consignment” sebagaimana yang dicontohkan oleh ibu(Oh! ibuku)Amirol,memang real. Rasanya sudah terjawab kekaburan bahawa mahu mencipta duit tidak semestinya bermula dengan duit juga.Ia boleh bermula dengan RM0. Saya percaya tentu ada pembaca yang termotivasi dengan idea ini.

    Terima kasih Amirol, terima kasih banyak-banyak.

    Oh ye, sebagaimana kita sama-sama faham. Idea itu bagai lautan tidak bertepi.Idea banyak sekali. Bilamana Amirol timbul idea baru, mohon kongsikan dengan kami ye..

    Keep in touch..

    Salam ceria dari saya….fathuri.com

  7. Maaf salah eja nama. Tak sengaja…

  8. XploR /

    Salam. Pekabar tuan rumah…? mmmm patutlah dah tukar theme, nk tukar niche plak rupanye :)

    Tahniah utk produk terbaru yg gempak tu! ;)

  9. @Fathuri, tak mengapa tentang typo tu. :) InsyaAllah, ada masa saya akan ke blog saudara lagi… blog saudara memang menarik.

    @Xplor: Thanks! :D

  10. Niche yang menarik.. Kebanyakan Newbie dalam IM lebih menfokus kepada Niche Buat Duit tanpa fikir kepentingan self improvement..

    Kredibiliti penting dalam Perniagaan Internet..

    Terima kasih atas post ini.. Mantap!!

  11. Pertanyaan:
    Untuk menyumbang penulisan di laman usahaniaga.com, apa kriteria2 yang diperlukan?

    Adakah ia hnya terbuka kepada IM yang dah lama berkecimpung dalam dunia IM ataupun juga dibuka kepada kepada Newbie?

    Terima kasih

    Ikhlas,
    Abd Rahman
    http://rahmanbasri.com/blog

  12. @RahmanBasri: Kriteria? Mempunyai masa dan mampu menghasilkan artikel yang memberangsangkan, bermotivasi dan berinformasi. :) Tak kisah baru ke lama, janji berkemampuan menyampaikan informasi dengan baik.

    Berminat? email saya ke support @ usahaniaga.com

  13. Insyaallah, saya akan emelkan ke ruangan support sekiranya ada artikel yang ingin dikongsikan..

    Terima kasih

  14. mm
    teruskan blog ni..
    Banyak gak tip berguna..
    ada masa,
    saya singgah lagi

    P/s: Teruskan update,jgn tak update.
    (^_^)

Leave a Reply